Berita Terkini

A Variety of Innovative Products from Malaysiaa

KOPERASI GENERASI SENA PAHANG BERHAD

19 Jun 2026

Koperasi Generasi Sena Pahang Berhad yang terletak di Felda Sena, Jerantut, Pahang adalah sebuah koperasi yang baru ditubuhkan dan telah menyertai 2 buah program pembangunan.
Pada tahun 2023, koperasi ini telah menyertai Program Pensijilan Halal dan berjaya mendapatkan sijil halal bagi produk keluaran koperasi dan antaranya roti canai tarik, donut, pau, cucur badak dan yang lain.

Dan pada tahun 2025 lagi sekali koperasi ini telah ditawarkan untuk menyertai Program Pembangunan Rekaan Pembungkusan, Penjenamaan dan Perlabelan. Dua produk telah dipilih berdasarkan permintaan yang tinggi iaitu Roti Canai Tarik dan Donut.